Sunday, May 10, 2009

Minggu 3 (Lecture on May 4th,09)- Dr Mohd Izham Mohd Hamzah

Pengurusan Perubahan dalam pendidikan

Pengenalan-Apakah itu perubahan?

Perubahan boleh menjadi pertukaran dari sesuatu keadaan ke arah yang lebih baik dan sebaliknya.contoh termudah untuk melihat perubahan ialah dalam kitaran hidup seperti katak dan rama-rama. katak berubah dari berudu yang comel kepada katak dewasa yang hodoh.Rama-rama pula berubah dari ulat bulu yang menjijikkan menjadi rama-rama dewasa yang cantik dan menarik.Kedua-duanya melalui proses perubahan di mana berlakulah beberapa peringkat pertukaran dan dibantu oleh faktor-faktor yang menggalakkan perubahan tersebut.



berudu berubah menjadi katak









ulat beluncas berubah menjadi rama-rama




Konsep perubahan dalam pendidikan

-perubahan dalam pendidikan --> sesuatu yang tidak dapt dielakkan
-perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan Oliver (1996)
-Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian

Terdapat 4 jenis perubahan iaitu :
1.Perubahan ke arah peningkatan
-perubahan dalam struktur organisasi
-memperkenalkan teknologi baru
-mengadakan program pembangunan staff untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staff.

2.Perubahan strategik organisasi
Melibatkan keseluruhan organisasi berikut:
-mendefinisikan semula peranan organisasi
-perubahan nilai teras organisasi
-pembentukan semula misi
-perubahan struktur dan strategi organisasi
-mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran

3.Perubahan reaktif
Reaktif bermaksud mempunyai respon dan tindakbalas.
Perubahan ini berlaku di antara pelanggan dan pihak berkepentingan (stakesholder)
-kepekaan pelanggan dan stakesholder terhadap isu persekitaran dan etika memerlukan perubahan dari organisasi
-perubahan dari segi cara layanan pelanggan

4.Perubahan akibat daripada jangkaan
Perubahan ini pula berlaku bukan kerana desakan pelanggan tetapi disebabkan kesedaran
dari pihak pengurusan untuk memastikan organisasi berdayasaing.
perubahan beerlaku juga disebabkan:
-sebagai persiapan menghadapi pesaing yang akan muncul
-persiapan menghadapi perubahan kehendak pelanggan
-penciptaan teknologi baru yang menuntut perubahan organisasi
-perubahan trend tenaga kerja

Perubahan adalah 'kompleks'

Perubahan dikaitkan dengan evolusi dan revolusi

Evolusi : perubahan yang memberi kesan yang SEDIKIT dalam tempoh masa yang PANJANG.
Revolusi : perubahan yan PANTAS dan memberi kesan yang MEMBINASAKAN.

'Kompleksiti' atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yeng perlu diambil untuk mengimplementasikan perubahan.

Perubahan itu multidimensi

Keputusan yang diambil untuk melakukan perubahan memerlukan pertimbangan dari semua dimensi yang berkaitan.

6 dimensi :
1.Tujuan perubahan
-Antara tujuan perubahan ialah untuk PENAMBAHBAIKAN
-Perubahan dalam sesuatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan :
i.'first order change'
-perubahan yang dilakukan untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan
-perubahan yang dilakukan untuk mempertingkatkan pencapaian sistem itu tanpa mengubahnya

ii.'second order change'
-pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut (Barrot & Raybould 1998)

2.Unit perubahan
-Merupakan fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang
-Terdiri daripada:
i. individu
ii. kumpulan/pasukan
iii.jabatan
iv. organisasi
v. sistem organisasi
vi. komuniti

Unit perubahan akan beranjak dari unit kecil (cth : individu) kepada unit besar (cth: kumpulan)

3.Sifat perubahan
-Untuk menghasilkan perubahan pada unit besar memerlukan perubahan pada peringkat lebih kecil (Daft 1983)
-mengubah seseorang individu mesti dilakukan dengan mengubah sikap, tingkahlaku atau kedua-duanya.

4.Magnitud perubahan
-Merujuk kepada sejauh mana perubahan yang dirancang itu akan diimplementasikan.
-Perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar.
-Perubahan perubahan berskala besar akan memberi hasilan menarik tetapi sukar diimplementasikan,manakala perubahan berskala kecil lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak memberi impak yang signifikan (Chambers 1997)

5.Skop perubahan
-Dengan menggunakan instrumen penilaian, skop terhadap sejauh mana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan
-Hall dan Hord (2001) telah menghasilkan satu instrumen terhadap tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenalpasti respons individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan.

6. Jangkamasa perubahan
-Ada pendapat menyatakan perubahan yang memberi kesan berkekalan adalah perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding yang memberi kesan sementara.
-Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek mengenalpasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya :
i. perubahan spontan
ii. perubahan minima setelah melalui penentangan awal
iii.perubahan berterusan adalah perubahan yang stabil, progresfi dan kekal.

-Chambers (1997)-perubahan adalah berbentuk 'cycle' / kitaran yang setiap satunya berakhir dalam tempoh 10 - 15 tahun.
-Setiap cycle bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplementasikan.

Model-model perubahan
1.Model penggabungan Roger
-Mengikut model ini, apabila sesuatu masalah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat masalah tersebut dan bagaimana ia boleh diselesaikan.fasa ini mengahasilkan eksperimen dan ciptaan yang banyak dan seterusnya menghasilkan inovasi.
-Roger (1995): inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan tetapi boleh juga terhasil dari amalan praktikal itu sendiri.

2.Model Kanter
-Kanter (1998) - struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika dibahagi kepada 4 tugas inovasi :
i. menjana idea
ii. membina idea
iii.merealisasikan idea
iv. memindahkan idea

3. Model Rand
- Tujuan utama : untuk menentukan faktor-faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan.
- menurut Berman & Mc Laughlin, terdapat 3 langkah dalam proses perubahan di sekolah:
i. daya usaha
ii. implementasi
iii.penggabungan (dgn amalan sedia ada)

4. Model ACOT (Apple Classroom of Tomorrow)
-Merupakan kajian penggunaan komputer dalam bilik darjah
-5 langkah perubahan :
i. entry
ii. adoption
iii.adaptation
iv. appropriation
v. invention

Aktiviti - Kerja kumpulan

Soalan : Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

Setelah berbincang bersama dua ahli kumpulan yang lain iaitu Noor Asmah Buang dan Siti Nabilah Hassan, kami menyenaraikan 8 yang berikut sebagai punca mengapa seseorang itu menentang perubahan:

a)ketidakpastian-uncertainty (perubahan menyebabkan berlaku ketidakpastian terhadap apa yang akan terjadi dan ini selalunya tidak disukai oleh manusia)
b)sudah selesa dengan rutin
c)perubahan adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan
d)tidak sesuai pada masa dan tempat
e)bertentangan dengan budaya dan norma masyarakat setempat
f)tidak efektif
g)menimbulkan masalah-masalah sampingan yyang lain
h)trauma atau takut dengan perubahan disebabkan insiden buruk yang pernah dialami yang disebabkan oleh perubahan.

Setelah diteliti didapati punca-punca di atas dapat diselesaikan menerusi beberapa kaedah yang dirangkumkan (tanpa mengkhusus pada setiap satu punca dengan spesifik).Antara jalan penyelesaiannya ialah :

a)Melaksanakan sesuatu perubahan itu secara berperingkat. Ini untuk memudahkan penerimaan sesuatu anjakan itu kerana jika dibuat secara drastik, ramai yang tidak boleh menerimanya.
b)Membuat kajian lebih terperinci sebelum sesuatu perubahan itu dilaksanakan dengan melihat aspek pro dan konsnya terhadap subjek yang akan menerima perubahan tersebut.
c)Perubahan yang dibuat perlu mengambilkira sensitiviti masayarakat setempat dan sosio-budayanya untuk mengelakkan isu berkaitan budaya dan norma timbul.
d)Sentiasa membuat pemantauan berjadual bagi melihat keberkesanan perubahan yang dilakukan serta melihat ruang-ruang yang perlu untuk penambahbaikan.

No comments:

Post a Comment