Wednesday, May 13, 2009

Minggu 4 (Lecture on May 11th, 09) - Dr Siti Fatimah Mohd Yassin

Kajian Tindakan dalam Pendidikan

Kajian eksperimental merupakan satu kajian yang berbentuk kuantitatif.

Survey pula adalah soalselidik yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat prior to the actual action research. Survey juga dijalankan dalam kajian berbentuk kuantitatif.Contoh mengetahui minat pelajar,masalah pelajar dan sebagainya.

Langkah dalam proses kajian tindakan (Johnson, 2005)

Merumuskan masalah persoalan dalam bidang yang diminati untuk dikaji --> merancang pengumpulan data --> pengumpulan dan penganalisisan data --> membentuk plan tindakan --> berkongsi dapatan dan plan tindakan --> Sorotan literatur

-proses ini sebenarnya berbentuk kitaran atau cycle.

Kajian perpustakaan
-Merupakan sorotan ke atas bahan-bahan literatur sseperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
-Dilakukan secara kritikal ke atas isi-isi

Membandingkan dan membezakan
-mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri sifat, kuantiti dan unsur

Kemahiran membanding dan membezakan digunakan apabila terdapat 2 / lebih ciri atau kemungkinan dan untuk membuat pilihan atau keputusan.

Langkah -langkah dalam melakukan banding & beza
:
1.Memerhatikan dan memberi tumpuan kepada 1/beberapa ciri
2.Mengenalpasti ciri Kajian Tindakan itu
3.Menentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama
4.Menyatakan ciri sama ada SAMA atau BERBEZA

Menganalisis
-Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep/perisitiwa serta mencari makna yang tersirat
-Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian , memahami hubungkait antara bahagian-bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat
-Menganalisis ialah satu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir

Menilai
-Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
-kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi :
(a) memilih sesuatu
(b) menerima / menilak sesuatu idea

Membuat kesimpulan
-Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis/mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
-kemahiran ini digunakan untuk membuat dan menyokong pernyataan

Mensintesis
-Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan abstrak.

1 comment:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete