Saturday, May 2, 2009

Minggu 2 (lecture on Apr 27th) Bahagian kedua

Untuk bahagian kedua ini kami dikehendaki menyelesaikan aktiviti secara individu dan berkumpulan.
Aktiviti 1

Selepas mengikuti program BIG II,refleksi ke atas masalah dalam diri anda.
-Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
-Dan rancang pelan tindakan yang menambahbaik :
-matlamat
-senaraikan objektif

Pelan tindakan
-Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
-Rancangkan bagaimana anda ingin mengumpul data
-Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dilaksanakan mencapai

Hasil :

Selain masalah seperti pengurusan masa, masalah utama yang dikesan ialah saya agak sukar atau malu untuk menonjolkan diri. Saya selalunya akan menunggu sehingga ditanya barulah saya boleh memberi pendapat.

Matlamat umum : mengurangkan rasa malu (pada keadaan yang sewajarnya)
Objektif : menambahkan keyakinan untuk menonjolkan diri
membuang rasa tidak selesa dengan penerimaan orang terhadap idea sendiri

Pelan tindakan
Langkah-langkah yang perlu diambil :
1. sentiasa memberikan pendapatdalam apa jua proses diskusi seperti mesyuarat
2. tidak terlalu memikirkan penerimaan orang terhadap pendapat yang diberi
3. bergaul dengan lebih mesra dengan orang di sekeliling
4. sentiasa berfikiran positif

Bagaimana ingin mengumpul data :
Untuk matlamat perubahan sikap seperti ini, pada pendapat saya, cara yang sesuai ialah dengan mengumpul data secara verbal iaitu dengan bertanyakan kepada rakan-rakan atau ahli kumpulan tentang perkembangan diri saya sebagai contoh, semasa sesuatu mesyuarat, adakah saya memberikan sebarang idea atau hanya mendiamkan diri sahaja?

Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan
Untuk memantau, saya perlu menyediakan senarai semak sendiri sebagai contoh menyediakan soalan-soalan kajiselidik untuk diri sendiri, contoh soalan adalah seperti adakah saya memberi idea?berapa kalikah saya bersuara?adakah saya hanya bersetuju dengan semua usul?

Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dilaksanakan mencapai objektif
Saya akan membandingkan sikap saya sendiri sebelum dan selepas.Rakan-rakan akan menjadi rujukan di mana mereka lah yang akan dapat melihat perubahan dalam diri iaitu sama ada saya semakin berani bersuara atau masih malu dan tiada keyakinan. Selain itu saya juga dapat merasakan keyakinan yang terbentuk dalam diri jika apa yang saya rancangkan dan laksanakan itu berjaya.Keyakinan dapat dilihat apabila saya kerap kali cuba untuk menjawab soalan atau memberikan idea. Saya juga akan melihat sama ada saya boleh bersikap positif jika idea tidak diterima. Jika idea tidak diterima, saya tidak berputus asa untuk menyumbangkan idea di lain masa. Itu adalah bukti rancangan saya mencapai objektif.

Aktiviti 2
Untuk aktiviti kedua, kami dikehendaki bekerja dalam kumpulan kecil seramai 3 orang (bidang yang sama).Kumpulan kami terdiri dari pelajar Biologi iaitu saya, Noor Asmah dan Siti Nabilah.

Selepas mengikuti kursus Kaedah Mengajar,
-Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk
-cadangkan 1 srtategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut

Tajuk : Sistem pernafasan (Respiratory System)

Masalah : Bahan Bantu mengajar (BBM) yang tidak bersesuaian dan efektif
Penglibatan murid dalam proses P & P

Matlamat : Umum :- meningkatkan keberkesanan proses P&P
Objektif khusus : -menghasilkan penggunaan BBM yang efektif
- mengoptimakan penyertaan murid dalam kelas

Penambahbaikan
-Mempelbagaikan dan menyesuaikan BBM dengan tajuk dan pastikan ia memberi kesan kepada pelajar. Contohnya, untuk tajuk sistem pernafasan, seharusnya BBM yang berkesan ialah model 3D yang boleh dipasang semula untuk melihat trak sistem pernafasan iaitu dari rongga hidung sehinggalah ke jantung. Di dalam jantung pula boleh dilihat bahagian dalam iaitu chamber dan juga saluran-saluran seperti aorta dan ventrikel. BBM seperti carta dan nota dari Presentation Power Point didapati kurang berkesan kerana pelajar tidak dapat membayangkan struktur sebenar.

-untuk penglibatan pelajar pula, guru perlu lebih banyak menyoal sepanjang proses P&P (formative assessment) dan menggalakkan pelajar bertanya serta memberi pendapat. Galakkan juga proses P&P 2 hala.
-Selain itu, guru boleh memberi 'reward' pada pelajar yang memberi tindakbalas positif.
-mengadakan pembelajaran secara co-operative learning dan diskusi

Langkah-langkah yang boleh diambil:
Untuk BBM:
Guru boleh menghasilkan sendiri BBM yang dirasakan sesuai dan boleh memberi kesan kepada pelajar dari segi kefahaman.
Jika tidak, guru perlu mencadangkan kepada pihak sekolah untuk membeli atau menyediakan BBM yang sesuai dan efektif untuk pelajar

Untuk penglibatan pelajar :
Memberikan tugasan berbentuk kumpulan untuk menggalakkan penyertaan setiap pelajar
Memperbanyakkan soalan sewaktu P&P dalam bilik darjah

Bagaimana mengumpul data:
Melalui refleksi di akhir sesi P&P kepada pelajar tentang BBM yang digunakan.
Melihat hasil kerja kumpulan (seperti presentation)

Bagaimana memantau :
Memberi set soalan kepada pelajar untuk menjawab berkenaan tajuk pengajaran.Contohnya : melabelkan sistem pernafasan manusia
Untuk melihat penglibatan pelajar dalam P&P, guru boleh melakukan pemerhatian (observation) semasa pelajar melakukan kerja kumpulan.melihat sama ada pelajar aktif atau hanya memerhati sahaja.

Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dilaksanakan mencapai objektif:
Untuk masalah BBM,bagi menilai sama ada apa yang dirancang dilaksanakan mencapai objektif, guru boleh melihat kepada hasil.Contohnya jika pelajar boleh melabel dan menamakan sistem pernafasan dengan baik (bukan menghafal semata-mata), bermaksud BBM yang digunakan berkesan. Contohnya guru memegang struktur aorta dan pelajar dapat menamakannya, itu menunjukkan BBM itu memberi kesan yang baik.

Bagi maslah penglibatan pelajar, guru boleh melihat melalui presentation, yang mana setiap pelajar perlu membentang.Jika ada di antaranya yang gagal ,bermaksud mereka tidak bekerjasama atau melibatkan diri dalam kumpulan masing-masing.

No comments:

Post a Comment