Thursday, June 11, 2009

Minggu 5 (lecture on May 25th,2009)-Cik Hjh Halimah

Pengenalan
‘Education is a Sharing Profession”

Cik Hajah Halimah bertanya kami “mengapakah seseorang itu ingin menjadi guru?” Pelbagai jawapan yang diberi seperti ‘kerana minat’, ‘kerana ingin mendidik’, ‘ingin menyampaikan ilmu’ ‘kerana guru adalah profession yang mulia’, ‘kerana cita-cita’ dan bermacam lagi. Namun, cuma satu jawapan yang tepat mengapa seseorang itu ingin menjadi guru sekaligus merangkap tugas sebenar guru iaitu ‘UNTUK BERKONGSI ILMU’. Menurut Cik Hajah menjadi guru tidak semestinya mengajar atau mendidik. Ada di antara ilmu itu diperolehi dari murid, dan guru juga mengambil manfaat daripada murid. Contohnya tentang kemajuan teknologi maklumat masa kini dan aplikasi gajet-gajet yang kebanyakan murid lebih hebat menguasainya berbanding guru. Justeru guru dan murid sebenarnya berkongsi ilmu pengetahuan, dan kerana itulah profession keguruan lebih merujuk kepada perkongsian ilmu…

Kepelbagaian jenis kajian

Kajian terbahagi kepada beberapa jenis mengikut kepentingan dan objektif seseorang pengkaji itu. Antaranya eksperimental, historical, biography dan lain-lain lagi termasuklah kajian tindakan. Setiap kajian dilakukan mengikut tujuan pengkaji, sebagai contoh, untuk mengkaji pengaruh kafein terhadap kecergasan seseorang individu, kaedah kajian eksperimental adalah yang paling sesuai. Sekiranya seseorang ingin mengkaji keberkesanan sesuatu methodology dalam pengajaran sesuatu subjek, kaedah kajian tindakan adalah yang seharusnya dijalankan. Jika ingin mengkaji sesuatu tajuk seperti ‘pemikiran keusahawanan Tun Dr. Mahathir’, kaedah kajian yang paling berkesan ialah melalui pembacaan buku-buku yang telah dihasilkan oleh Tun sendiri sepanjang hidup beliau bermula dari penulisan pertama beliau sehinggalah yang terkini. Dari pembacaan inilah dapat kita kaji corak pemikiran Tun mengenai keusahawanan.

Aktiviti

Cik Hajah Halimah meminta beberapa pelajar (secara berpasangan) untuk menerangkan tentang kajian tindakan yang telah dibentangkan di seminar serantau anjuran UKM-UNRI yang telah berlangsung dari 18 – 21 May di Klana Resort, Seremban. Untuk kumpulan kami (saya dan rakan- Ella Syafinaz), kami mempunyai 2 kajian tindakan yang sempat kami ikuti. Salah satu darinya ialah yang dibentangkan oleh guru Biology, wakil dari Indonesia iaitu Puan Asnitawati. Beliau membincangkan tentang bagaimana inkuiri tidak terbimbing (free inquiry) membantu meningkatkan kemahiran berfikir para pelajarnya dalam subjek Biology.

Tugasan

Kami diminta untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri dari 5 orang dari pelbagai kaum, jantina dan jurusan. Bermaksud, kami tidak dibenarkan mempunyai ahli yang semuanya terdiri dari major Biology sahaja, atau semua perempuan sahaja dan seumpamanya. Setelah berkomunikasi, akhirnya kumpulan kami terbentuk dari variasi kaum, jantina dan juga jurusan. Ahli-ahlinya ialah saya Wan Norsalina-major Biology, Ella Syafinaz-major Biology, Tiun Siew Mond-major Biology, Ahmad Fadly-major P.Islam dan Nor Sakinah-major P.Islam.
Kami dikehendaki membuat satu proposal kajian tindakan dan dihantar pada hari Khamis, 28 May 2009.

Berikut merupakan proposal kumpulan kami.


Tajuk:

Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Peperiksaan Dengan Penggunaan Katakunci Melalui Kaedah Rekacipta Lagu dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4



Disediakan oleh:
Ahmad Fadli Mokhtar (P48673) - Ketua
Ella Syafinaz Bt Safian (P48587)
Wan Norsalina Bt Wan Hussin (P48621)
Tiun Siew Mond (P48578)
Nor Sakinah Bt W. Ishak (P48598)


Pensyarah:
Hajah Halimah Harun


1. Tajuk
Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Peperiksaan Dengan Penggunaan Katakunci Melalui Kaedah Rekacipta Lagu dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4

2. Nama-nama Penyelidik
a) Ahmad Fadli Mokhtar
b) Ella Syafinaz Bt Safian
c) Wan Norsalina Wan Hussin
d) Tiun Siew Mond
e) Nor Sakinah Bt W. Ishak

3. Latar Belakang Kajian
Kegagalan pelajar untuk menguasai subjek Biologi adalah disebabkan ia memerlukan penghafalan konsep yang banyak dan rumit terutamanya apabila ia melibatkan terminologi-terminologi yang sukar disebut. Walaupun pelajar memahami konsep tetapi mereka tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan mengikut skema jawapan kerana tidak memasukkan katakunci. Ia bertambah rumit apabila pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi kini adalah di dalam Bahasa Inggeris.

4. Penyataan Masalah
• Pelajar pasif atau tidak terlibat secara aktif kerana tidak faham
• Kaedah P&P yang hanya berpusatkan kepada guru
• Kaedah P&P yang tidak menarik minat pelajar
• Pelajar sukar menghafal konsep-konsep yang penting
• Penggunaan terminologi dan katakunci yang dianggap sukar



5. Fokus Kajian
• Kaedah rekacipta lagu dapat membantu meningkatkan penguasaan katakunci.
• Mewujudkan rasa seronok dan terhibur semasa belajar mata pelajaran Biologi
• Memudahkan pelajar menghafal konsep-konsep dan terminologi.

6. Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti adakah kaedah rekacipta lagu dapat meningkatkan pemahaman konsep, memudahkan hafalan serta penguasaan katakunci.

7. Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran adalah seramai 40 orang yang terdiri daripada para pelajar
sebuah kelas Tingkatan 4.

8. Alat Kajian
Terdiri daripada:
• Borang pemerhatian
• Kertas ujian pra dan pos (pre-test and post-test)
• Temubual secara tidak formal

9. Perlaksanaan Kajian
9.1 Guru mengajar satu topik terlebih dahulu
9.2 Guru memberi satu set ujian (pre-test)
9.3 Guru memberi tugasan kepada pelajar membentuk kumpulan terdiri dari 4 orang untuk mencipta lagu berdasarkan topik yang sama yang telah diajar. Pelajar perlu menggunakan kata kunci (keyterms) yang diberikan oleh guru. Pelajar diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan lagu dan menghafal.
9.4 Untuk kelas berikutnya pelajar diberikan ujian (post-test) dengan set soalan yang hampir sama.

10. Penganalisisan data

10.1 Keputusan bagi ujian pra dan pos dibandingkan dengan melihat cara pelajar menjawab soalan (adakah kedua-duanya sama atau pelajar telah memasukkan katakunci dalam jawapan mereka untuk post-test)
10.2 Guru memerhati (observe) penglibatan pelajar untuk melihat minat pelajar terhadap tugasan yang dilakukan.
10.3 Guru menjalankan temuramah secara tidak formal untuk mengetahui minat pelajar berkaitan konsep yang diterapkan iaitu merekacipta lagu dalam subjek Biologi.

11. Kesimpulan
Melalui kajian ini diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan
penguasaan dan hafalan para pelajar dalam mata pelajaran Biologi terutamanya dalam menjawab soalan peperiksaan.

No comments:

Post a Comment