Wednesday, April 29, 2009

Minggu 1 (lecture on Apr 20th) Pengenalan - Dr Siti Fatimah Mohd Yassin

Pengenalan
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.."
Surah al-Alaq (ayat 1-5)


Melalui ayat ini apa yang dapat saya fahami ialah Allah SWT menyuruh manusia untuk mengkaji dan menyelidik sekiranya ingin mengetahui sesuatu perkara. Ilmu itu tidak akan diperoleh sekiranya kita tidak mencarinya. Ilmu itu datang dari Allah dan manusia ialah kejadian yang lahirnya langsung tidak mengetahui satu apa pun.

Perkaitannya dengan Kajian Tindakan ialah sebagai guru yang juga manusia dan khalifah Allah, kita perlu melakukan kajian untuk mencari pendekatan terbaik dalam mendidik anak bangsa. Sekiranya langkah pertama tidak berkesan, kita perlu mengambil langkah ke dua, ketiga, dan seterusnya sehinggalah kita mencapai satu sasaran yang ditetapkan. Wajarlah kita sebagai hamba yang lemah dan tidak mengetahui ini untuk mencuba berbagai cara sebelum menjumpai cara yang terbaik. Justeru Kajian tindakan perlu dilakukan oleh guru-guru untuk menambahbaik kaedah pengajaran yang ada.


DATA --> MAKLUMAT --> PENGETAHUAN --> HIKMAH

-Di atas merupakan carta alir yang menunjukkan data iaitu maklumat mentah yang belum diproses yang tidak membawa makna.
-kemudian data yang telah diproses sehingga membawa makna yang boleh difahami dikenali sebagai maklumat.
-Maklumat yang boleh diaplikasikan pula disebut sebagai pengetahuan. Contohnya untuk menjawab soalan hasil bahagi dalam matematik, pengetahuan dalam sifir boleh digunakan.
-Hikmah pula ialah apabila sesuatu ilmu itu memberi faedah atau manfaat kepada seseorang. Bezanya dengan pengetahuan ialah semua orang boleh mencari dan mendapatkan pengetahuan tetapi hanya orang terpilih sahaj akan mendapat hikmah dari Allah. Apa yang saya faham di sini ialah sebagai contoh, ada orang belajar dan hanya dapat menggunakannya dalam peperiksaan dan akan lupa sejurus selepas itu tetapi ada orang yang belajar tetapi mendapat manfaat dari ilmu itu sehingga dia boleh menggunakannya dan boleh pula mengajar orang lain dan ilmu itu masih kekal dalam dirinya.

No comments:

Post a Comment