Wednesday, April 29, 2009

Minggu 2 (lecture on Apr 27th)-Dr Siti Fatimah Mohd Yassin

Mengikut struktur kursus, untuk minggu kedua, tajuk yang diliputi ialah rekabentuk kajian tindakan.

Sebagaimana telah disentuh dalam kuliah minggu pertama, terdapat pelbagai rekabentuk kajian tindakan dan contoh yang diberi adalah mengikut kaedah Kemmis (1980).

Umumnya terdapat 4 langkah iaitu
1. Plan
2. Act
3. Observe
4. Reflect

dan langkah ini dirangkum menjadi 1 kitaran (cycle)yang akan diulang sehingga mencapai matlamat.



Model rekabentuk Kajian Tindakan oleh Kemmis

Minggu 1 (lecture on Apr 20th) Bahagian kedua

Kajian / Penyelidikan

Apakah itu kajian?atau penyelidikan? Secara ringkas dan umumnya terdapat 3 langkah penting terkandung di dalam kajian; iaitu

1.kemukakan soalan
2.kumpulkan data untuk menjawab soalan
3.kemukakan jawapan kepada soalan

Yang pertama, kemukakan soalan.Persoalan ialah apa yang kita tidak tahu tetapi ingin diketahui.Justeru kita perlulah menyatakan apakah persoalan itu? Contoh yang mudah ialah persoalan untuk mengetahui jumlah pelajar yang miskin dalam sesuatu kelas.Bermaksud kita ingin mencari berapa ramai pelajar miskin dalam kelas yang dimaksudkan.

Yang kedua ialah mengumpul data.Setelah mempunyai soalan tadi, sudah semestinya kita perlukan jawapan,tetapi sebelum mendapat jawapan,haruslah ade kaedah yang perlu diambil.Contohnya dalam soalan di atas, untuk mendapatkan jawapan, kita perlulah mngumpul data pelajar miskin dengan membuat temubual dan sebagainya.

Yang ketiga ialah mengemukakan jawapan kepada soalan. Setelah mendapata data, perlulah kita melaporkan jawapan kepada persoalan kita tadi. Contohnya kita mendapati terdapat 13 orang pelajar miskin dalam kelas 5 Unggul.

Jadi melalui kajian kita dapat mencari atau mengemukakan jawapan kepada persoalan yang kita hendak ketahui. Ini adalah bentuk umum yang menerangkan secara ringkas definisi kajian. Walaubagaimanapun, kajian ini berbeza dengan kajian tindakan yang akan dijelaskan dalam bahagian seterusnya.


Kajian tindakan
Definisi kajian tindakan dapat difahami dari perkataan 'KAJIAN TINDAKAN ' itu sendiri. Kajian tindakan ialah penyelidikan yang dijalankan ke atas kelakuan atau tindakan yang telah dilakukan untuk menentukan sama ada ia sesuai atau perlu diubah kepada tindakan lain.
Berbeza dengan kajian yang dilakukan di peringkat ijazah pertama (thesis), di mana thesis hanya menumpukan kepada jawapan kepada persoalan. Saya mengambil contoh thesis saya iaitu 'Risk Factors of Premature Birth in HTAR Klang for year 2007'.Jadi, apa yang ingin saya kaji ialah faktor risiko yang membawa kepada kelahiran bayi pramatang di HTAR bagi tahun 2007. Setelah mengumpul data dengan methodology yang sesuai,dan mendapatkan jawapannya maka thesis saya berakhir di situ dan hypothesis yang telah dibuat di awalnya boleh ditolak atau diterima.
Kajian tindakan pula lebih kepada membuat kajian terhadap kesan sesuatu tindakan sama ada berhasil atau tidak. Dan terdapat banyak cycle berlaku dalam kajian tindakan di mana dalam setiap cycle umumnya akan berlaku proses-proses berikut :

1.Plan
2.Act
3.Observe
4.Reflect --->Plan ---> Act-->Observe ---> Reflect -->

Terdapat sekurang-kurangnya 3 cycle mengikut bentuk yang dihasilkan oleh Kemmis.

Kitaran ini akan diulang sehinggalah satu tindakan yang sesuai diperoleh.

Contoh kajian tindakan
Masalah : lemah penguasaan Bahasa Inggeris
Masalah yang dihadapi telah dikenalpasti dan seterusnya langkah yang boleh dijalankan boleh dirangka.

Cycle pertama
1.Plan : merancang untuk memilih satu pendekatan.Contoh mengadakan minggu bahasa inggeris yang mewajibkan pelajar berbahasa inggeris setiap masa dalam tempoh tersebut.

2.Act : melaksanakan plan

3.Observe : melihat sama ada pelajar melaksanakan atau tidak.

4. Reflect : menganalisa sama ada plan ini berjaya atau tidak. Sekiranya tidak berjaya, cycle kedua akan dilaksanakan dengan memulakan dari langkah pertama iaitu Plan.

Contoh : untuk cycle kedua guru memilih kaedah di mana pelajar dikehendaki mencari lagu dalam bahasa inggeris yang disukai dan membuat terjemahannya serta menyanyikan lagu tersebut di dalam kelas. Setrusnya langkah 2, 3, dan 4 akan diulang untuk melihat hasilnya. sekiranya tidak atau kurang berhasil, cycle ke 3 akan dilaksanakan.

Minggu 1 (lecture on Apr 20th) Pengenalan - Dr Siti Fatimah Mohd Yassin

Pengenalan
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.."
Surah al-Alaq (ayat 1-5)


Melalui ayat ini apa yang dapat saya fahami ialah Allah SWT menyuruh manusia untuk mengkaji dan menyelidik sekiranya ingin mengetahui sesuatu perkara. Ilmu itu tidak akan diperoleh sekiranya kita tidak mencarinya. Ilmu itu datang dari Allah dan manusia ialah kejadian yang lahirnya langsung tidak mengetahui satu apa pun.

Perkaitannya dengan Kajian Tindakan ialah sebagai guru yang juga manusia dan khalifah Allah, kita perlu melakukan kajian untuk mencari pendekatan terbaik dalam mendidik anak bangsa. Sekiranya langkah pertama tidak berkesan, kita perlu mengambil langkah ke dua, ketiga, dan seterusnya sehinggalah kita mencapai satu sasaran yang ditetapkan. Wajarlah kita sebagai hamba yang lemah dan tidak mengetahui ini untuk mencuba berbagai cara sebelum menjumpai cara yang terbaik. Justeru Kajian tindakan perlu dilakukan oleh guru-guru untuk menambahbaik kaedah pengajaran yang ada.


DATA --> MAKLUMAT --> PENGETAHUAN --> HIKMAH

-Di atas merupakan carta alir yang menunjukkan data iaitu maklumat mentah yang belum diproses yang tidak membawa makna.
-kemudian data yang telah diproses sehingga membawa makna yang boleh difahami dikenali sebagai maklumat.
-Maklumat yang boleh diaplikasikan pula disebut sebagai pengetahuan. Contohnya untuk menjawab soalan hasil bahagi dalam matematik, pengetahuan dalam sifir boleh digunakan.
-Hikmah pula ialah apabila sesuatu ilmu itu memberi faedah atau manfaat kepada seseorang. Bezanya dengan pengetahuan ialah semua orang boleh mencari dan mendapatkan pengetahuan tetapi hanya orang terpilih sahaj akan mendapat hikmah dari Allah. Apa yang saya faham di sini ialah sebagai contoh, ada orang belajar dan hanya dapat menggunakannya dalam peperiksaan dan akan lupa sejurus selepas itu tetapi ada orang yang belajar tetapi mendapat manfaat dari ilmu itu sehingga dia boleh menggunakannya dan boleh pula mengajar orang lain dan ilmu itu masih kekal dalam dirinya.

pengenalan..

Assalamualaikum..
Blog ini adalah blog kedua sepanjang di DPLI selepas kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Blog ini pula dikhususkan untuk kursus Kajian Tindakan..